Monday, November 8, 2010

Cerita pasal koko

Aku suke tol tgk Inspirasi koko setiap hari ahad kat TV2 @ 10 pagi...best sangat..
dok menjengah web kat internet nih aku teringatkan Lembaga Koko Malaysia terus
aku carik inspirasi koko..maklum la ade le beberapa episod aku ter'missed'..
ate..kaber le balik yeh..anyway, sedikit yg aku tau pasal koko ni ialah ia baik untuk
kesihatan dan kita boleh pelbagaikan untuk meng'kreatif'kan apapun bentuk penyediaan
makanan kita..gitew...lagi satu sesambil kita tengok episod2 nih boleh gak kita
cobe-mencobe resepi chef2 kita nih...ok..
credit video dan resepi dari inspirasikoko.com..ape lagi meh kita layannnnnnn...

Inspirasi koko (episod 1)







Bahan-bahan:

½ ekor Ayam (dipotong kecil)
3 biji Bawang Merah (dikisar)
3 ulas Bawang Putih (dikisar)
4 cm Kunyit Hidup (dikisar)
4 biji Buah Keras (dikisar)
5 biji Cili Merah (dikisar)
3 batang Serai (dikisar)
3 cm Halia (dikisar)
Secukup rasa Garam
Secukup rasa Gula
1 ½ cawan Santan
½ cawan Coklat Putih (dicincang)
3 sudu besar Lemak Koko
2 keping Daun Kunyit

Caranya :-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan pula daun kunyit.
3. Kemudian masukkan garam, gula dan santan.
4. Biarkan masak seketika dan masukkan coklat putih.
5. Tutup api dan kacau sehingga coklat putih itu cair sepenuhnya.
6. Masukkan ayam dan biarkan diperap seketika.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 25 - 35 minit



Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastik
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer

Bahan-bahan:
250gm Coklat susu tulen

Cara membuat:

• Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya
mudah dicairkan.
• Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini
mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.
• Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan
tekstur coklat.
• Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.
Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.
• Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)
• Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu
coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.
• Seterusnya, coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan
menggunakan alat perata atau spatula plastik.
• Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya
tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.
• Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada
suhu 7-10’c.
• Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan
dihidangkan.

ok..next insyaallah kalau berkesempatan akan ku mskkan n3 episod seterusnye..till then..wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...